PAS Gugur Baiah Talak Isteri PRU-14

PAS gugurkan sumpah Baiah Talak Isteri yang wajib dilafazkan calon parti hingga boleh menggugurkan talak ke atas isteri mereka untuk PRU-14 kali ini. PAS dijangka menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh.

PAS gugurkan sumpah Baiah Talak Isteri yang wajib dilafazkan calon parti hingga boleh menggugurkan talak ke atas isteri mereka untuk PRU-14 kali ini. PAS dijangka menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh. Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata kandungan sumpah baiah itu akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian ke atas isteri.

PAS Gugur Baiah Talak Isteri PRU-14

Mahfodz Mohamed berkata, tindakan itu dilaksanakan berikutan parti tidak lagi berdepan keadaan genting seperti pernah berlaku dalam politik Kelantan.Menurut Mahfodz Mohamed, Kelantan sebelum ini pernah berdepan keadaan genting ibarat telur di hujung tanduk itu hingga memaksa bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat memasukkan kandungan sumpah baiah yang boleh menggugurkan talak ke atas isteri mereka.

"Oleh kerana kita sudah tidak lagi berdepan suasana genting seperti di Kelantan, kita akan selaraskan di seluruh negeri dan kemungkinan tidak akan ada lagi baiah membabitkan perceraian suami isteri. Secara umumnya sumpah baiah bermakna kita memberi ketaatan dan walak kepada parti, sekiranya melanggar baiah itu, maka secara umumnya Allah akan melaknat orang yang berbaiah itu," kata Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, sumpah baiah yang diamalkan PAS sejak sekian lama bukan sesuatu yang ekstrem, sebaliknya satu mekanisme dan pendekatan diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dan menjadi cara terbaik untuk menjaga parti daripada tawaran musuh politik untuk wakil rakyat melompat parti.

Mahfodz Mohamed berkata, sumpah baiah bertujuan mengikat wakil rakyat supaya kekal dalam parti dan jika tidak, dengan mudah wakil rakyat keluar serta merosakkan parti.

"Inilah cara terbaik yang sudah kita amalkan sejak sekian lama, bagi mereka yang sudah keluar PAS dan tidak mahu berbaiah, terpulang kepada mereka. Bagi PAS, sumpah baiah adalah satu cara mengikat ahli PAS menjadi wakil rakyat supaya sedar kemenangannya bukan kerana individu, sebaliknya atas kapasiti parti," kata Mahfodz Mohamed.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi mendakwa sumpah baiah diamalkan PAS memberi implikasi negatif kepada dua pihak, selain memperlihatkan pendekatan parti itu yang ekstrem. Beliau dilaporkan berkata, wakil rakyat yang melafazkan baiah PAS terutama membabitkan talak isteri, berdepan risiko kerana sumpah itu akan 'memakan diri' apabila tidak lagi bergelar pemimpin PAS. Sumber: Alhamdulillah PAS Gugur Baiah Talak Isteri PRU-14.

COMMENTS

Name

Agama,1,Informasi,1,PAS,4,Politik,3,Sukan,1,
ltr
item
Rebah Terlentang: PAS Gugur Baiah Talak Isteri PRU-14
PAS Gugur Baiah Talak Isteri PRU-14
PAS gugurkan sumpah Baiah Talak Isteri yang wajib dilafazkan calon parti hingga boleh menggugurkan talak ke atas isteri mereka untuk PRU-14 kali ini. PAS dijangka menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRLA2lvDk-Gd9DPrwmC2DB49cRIZ5Nt-zUddTg77cNwVCkRyFrsKCrCHMvt3HB8aFgN_DFIURZM4qnOaUVUWmQ85negXjsSpUJXAI4H5gBt3X0AXygzM8wN9bcKxqBE5Uvb79874Isu7M/s320/PAS+Gugur+Baiah+Talak+Isteri+PRU-14-DrMahfodzMohamed.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRLA2lvDk-Gd9DPrwmC2DB49cRIZ5Nt-zUddTg77cNwVCkRyFrsKCrCHMvt3HB8aFgN_DFIURZM4qnOaUVUWmQ85negXjsSpUJXAI4H5gBt3X0AXygzM8wN9bcKxqBE5Uvb79874Isu7M/s72-c/PAS+Gugur+Baiah+Talak+Isteri+PRU-14-DrMahfodzMohamed.jpg
Rebah Terlentang
https://netang.blogspot.com/2018/02/pas-gugur-baiah-talak-isteri-pru-14.html
https://netang.blogspot.com/
http://netang.blogspot.com/
http://netang.blogspot.com/2018/02/pas-gugur-baiah-talak-isteri-pru-14.html
true
5310765066982466295
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy