Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928

Renungan terhadap suasana yang sedikit kecoh menjelang PRU14. Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928.

Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928 sebagai renungan terhadap suasana yang sedikit kecoh menjelang PRU14 ini. Artikel asal oleh saudara Wan Hamidi Hamid yang telah mengulangi sebuah kisah lama Pilihanraya Umum Federal Jerman 1928 yang berlaku di Eropah hampir seabad lalu. Wan Hamidi Hamid merupakan wartawan veteran yang telah banyak mengulas isu-isu semasa dengan kritis.

Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928

Niat Wan Hamidi Hamid semoga kisah lama diteladani agar kalangan kita yang marah-marah dapat bertenang seketika, dan tidak perlu membakar kelambu kerana marahkan seekor, dua nyamuk.

Kisahnya berlaku di negara Jerman pada pada awal tahun 1930-an. Dalam Pilihanraya 1928 German, parti Nazi hanya menang 2.8% undi berbanding Parti Sosial Demokrat 29.8% dan Parti Komunis 10.6%.

Pada masa itu, tiada siapa yang mengambil serius tentang Nazi yang diketuai Adolf Hitler yang membenci Yahudi dan kaum-kaum lain yang dianggapnya tidak setaraf dengan bangsa kulit putih Arya. Baginya, segala kemelesetan ekonomi Jerman berpunca daripada Yahudi walaupun ia merupakan fitnah.

Rakyat Jerman, termasuk golongan elit dan kelas pertengahan pada mulanya menganggap Nazi sebagai parti golongan samseng jalanan yang sekadar bahan ketawa.

Pada masa yang sama, parti arus perdana seperti Sosial Demokrat dan Komunis cemburu dan benci sesama sendiri. Mereka lebih banyak membuang masa bertegang leher tentang siapa lebih kiri, siapa lebih sosialis; sedangkan masalah ekonomi semakin teruk melanda negara Jerman.

Kerana itu, Sosial Demokrat dan Komunis enggan bekerjasama, malah menganggap saingan sebagai musuh utama. Lebih dari itu, kedua-duanya melihat Hitler dan Nazi sebagai bodoh, gila publisiti dan dipandang rendah sebagai kumpulan rasis yang angan-angan kuasa.

Kedua-dua Sosial Demokrat dan Komunis yakin golongan kelas pertengahan dan kaum pekerja tidak akan terpengaruh dengan retorik perkauman Hitler. Mereka tidak sedar apabila negara dilanda krisis ekonomi, hujah ilmiah dan teori ekonomi tidak akan lekat pada hati rakyat.

Yang mudah diterima rakyat ialah musuh-musuh jelmaan. Ceramah, fitnah dan berita palsu Hitler yang menyalahkan Yahudi serta kaum-kaum “pendatang” sebagai punca krisis ekonomi Jerman mula diterima rakyat majoriti. Mereka mula yakin Yahudi dan pendatang perlu dihapuskan.

Krisis politik Jerman memaksa satu lagi pilihanraya diadakan pada 1930 di mana Nazi mencatat keputusan mengejutkan, iaitu berjaya meningkatkan sokongan daripada 2.8% kepada 18.3%!

Malah, Nazi menarik sokongan undi daripada pengundi asal Sosial Demokrat manakala Komunis turut bertambah menjadi 13.1%. Sedangkan jika Sosial Demokrat dan Komunis bergabung pada masa itu, undi bersama mereka adalah lebih kukuh, iaitu 37.6%.

Tetapi dalam keadaan genting itu pun, mereka masih tidak peduli. Komunis terus menyerang Sosial Demokrat yang dituduh tidak cukup sosialis. Lebih teruk lagi golongan sosialis sederhana itu didakwa oleh Komunis sebagai fasis sosial, seolah- olah Sosial Demokrat sama sahaja dengan Nazi.

Apabila krisis politik berterusan, dua lagi pilihanraya diadakan pada 1932 sehingga menyebabkan rakyat bosan dan kecewa, dan akhirnya beralih kepada retorik perkauman. Nazi menang dengan mencatatkan lebih 33% undi.

Pada saat itu nasi sudah menjadi bubur. Majoriti rakyat Jerman sudah termakan dakyah, dakwah dan dedak Nazi. Selepas itu, Hitler mula menunjukkan taringnya dengan menahan tanpa bicara semua penentang rejim serta kaum-kaum dan golongan-golongan yang mereka benci. Ramai yang diseksa, didera, malah dibunuh.

Yang menjadi mangsa-mangsa awalnya adalah para pemimpin dan ahli-ahli parti Sosial Demokrat dan Komunis sendiri.

Lebih dahsyat lagi, kegagalan golongan progresif Jerman menyekat kebangkitan Nazi telah membawa kepada meletusnya Perang Dunia Kedua (1939-45) berikutan keghairahan Hitler untuk menawan dunia. Perang itu mengorbankan lebih 80 juta umat manusia, kebanyakannya orang awam.

Teladannya mudah – jika kita tidak bersatu menentang musuh yang lebih besar dan lebih berbahaya, padah akan menanti kita. Walaupun kita berbeza pandangan, banyak hal yang boleh kita kompromi.

Jika terlalu besar kepala dengan idea kita sahaja, malah mendabik dada menjaja “prinsip” seolah-olah orang lain tiada prinsip, maka bersiap-sedialah untuk menderita di kemudian hari.

Lebih elok jika berat sama-sama kita pikul, ringan sama-sama kita jinjing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928.

COMMENTS

Name

Agama,1,Informasi,1,PAS,4,Politik,3,Sukan,1,
ltr
item
Rebah Terlentang: Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928
Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928
Renungan terhadap suasana yang sedikit kecoh menjelang PRU14. Iktibar Kisah Politik Pilihanraya Federal Jerman 1928.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGxtaXf6mfg8JDVnal4h6-9Caeg3wmgxgHOE-s2sMkvv8bb8Zi4uIkshWdnt8q_gDy6ra-yUo7QekIjYlUiXlyqwvvcTeSqri1YWGyhFu_kwr_Wz0zh-oIlyygInIusgHNyMbB7G2G3Oy3/s320/Iktibar+Kisah+Politik+Pilihanraya+Federal+Jerman+1928.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGxtaXf6mfg8JDVnal4h6-9Caeg3wmgxgHOE-s2sMkvv8bb8Zi4uIkshWdnt8q_gDy6ra-yUo7QekIjYlUiXlyqwvvcTeSqri1YWGyhFu_kwr_Wz0zh-oIlyygInIusgHNyMbB7G2G3Oy3/s72-c/Iktibar+Kisah+Politik+Pilihanraya+Federal+Jerman+1928.jpg
Rebah Terlentang
https://netang.blogspot.com/2018/03/iktibar-kisah-politik-pilihanraya.html
https://netang.blogspot.com/
http://netang.blogspot.com/
http://netang.blogspot.com/2018/03/iktibar-kisah-politik-pilihanraya.html
true
5310765066982466295
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy